Highly Immersive Programme - Part 4 (Penglibatan PIBG) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday 4 February 2018

Highly Immersive Programme - Part 4 (Penglibatan PIBG)



Assalamualaikum...

Dah lama rasanya saya tidak menulis tentang HIP (Highly Immersive Programme) ni. Hehe... Sejak tak jadi KP BI, idea nak menulis tentang HIP macam kurang sedikit... Hahha... Alasan! Sebagaimana yang kita semua tahu, HIP ni adalah program yang melibatkan semua warga sekolah termasuk PIBG, guru-guru, murid-murid, staf dll... Sekolah saya agak beruntung kerana kami mempunyai barisan tunggak PIBG yang terdiri daripada orang-orang yang hebat dan pakar dalam bidang masing-masing. 

Slot Bercerita Menggunakan Big Book & Hangman

Tahun lalu, dua orang wakil PIBG tampil bersama-sama menjayakan program HIP bersama murid-murid di sekolah saya. Dr. Hayyiratul, Pensyarah Universiti Teknologi Petronas dan juga Encik Mohd. Fariq Bin Mohd. Yassin yang mana merupakan Head Integrated Operations Planning Petronas Garraf Iraq Ltd, hadir memberi sokongan di samping menyumbang tenaga dalam bersama-sama menjayakan Program HIP dimana mereka memilih untuk menjalankan slot bercerita menggunakan Big Book sewaktu perhimpunan dan juga bermain permainan bahasa - Hangman semasa murid-murid rehat di kantin sekolah. Alhamdulillah, rasa sangat bertuah kerana ada ibubapa yang sudi memberi khidmat bantu seperti ini...



Tahun ini, sekali lagi Encik Mohd. Fariq Bin Mohd. Yassin hadir ke sekolah untuk menjalankan program Bahasa Inggeris secara santai bersama semua murid. Kerjasama dari beliau yang sudi menghabiskan waktu cuti bersama murid-murid sekolah patut dicontohi. Yela, beliau ni bekerja di Iraq, so bila cuti patutnya dihabiskan untuk berehat... Tapi kesanggupan beliau untuk bersama-sama membantu kami dalam menjayakan program HIP sangatlah dihargai. Kau ingat senang orang hebat-hebat macam ni nak turun sekolah kau buat program? Free pulak tu wei... Sesen tak keluar duit... Hahaha... Kalau ada, patutnya kena bersyukur hokeh! 😂

Aktiviti bersama murid semasa rehat 

Program sewaktu murid-murid berehat di kantin, dijalankan secara santai dimana beliau menerangkan tentang penggunaan WH-Questions. Beliau memberi penerangan serta contoh, diikuti dengan sesi soal jawab bersama murid-murid. Kiranya mereka practice guna WH-Questions yang diajar tu laa...


Aktiviti HIP kearah Islamic

Semalam, beliau hadir sekali lagi untuk menjalankan satu lagi program Bahasa Inggeris tetapi lebih kearah Islamic. Beliau mengambil slot selepas kami selesai bacaan Yassin. Beliau memperkenalkan lagu yang pada saya agak catchy dan menarik, sesuailah dengan kanak-kanak masa kini dan orang-orang berjiwa remaja seperti saya... Huahahahah... 😂


Berikut adalah lirik lagu tersebut...


Raef - It's Jumuah ( Friday)


5AM Waking up for Fajr

Got to make Wudu, got to pray my Sunnah

Got to make Ghusl, got to clip my nails

Looking outside, the sun is rising up in the sky

Everybody’s rushing

Got to get down to the masjid

Got to say “Salam!” to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)

Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody’s looking forward to His mercy, mercy

Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody’s looking forward to the Ajr

Miswaking!, Miswaking!

Miswaking!, Miswaking!

Pray, Pray , Pray, Pray

Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam’s on the minbar, talking about something like “Fiqh Az-Zakat”

They’re whispering, chatting from the crowd, don’t they know that it’s haram

I stand up, you stand up, prayer’s about to start “Qad, Qaamat es-Salaah”

Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don’t step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)

Got to make my mind up… Do what the prophet did!

It’s Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody’s looking forward to his mercy, mercy

Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody’s looking forward to the Ajr

Miswaking!, Miswaking!

Miswaking!, Miswaking!

Pray , Pray, Pray , Pray

Got to read Surat Al-Kahf

It’s Jumuah Jumuah

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody’s looking forward to His mercy, mercy

Jumuah! Jumuah!

Got to make dhikr on Jumuah,

Everybody’s looking forward to His mercy

Korang try la dengar lagu ni... Layan gak wei! Huhu...


Belajar simple Arabic words/phrases & Surah Al-Kahfi

Selepas mendengar dan menyanyikan lagu tersebut, beliau menerangkan maksud-maksud dalam lirik tersebut kerana ada beberapa perkataan yang digunakan adalah dalam Bahasa Arab. Misalnya, miswaking - bersugi, ajr - pahala & Ghusl - basuh (Dalam konteks lagu ini, ia bermaksud mandi sunat Jumaat). Lirik lagu tu menceritakan tentang perkara-perkara yang dianjurkan untuk dibuat pada hari Jumaat which is good untuk diterangkan kepada murid-murid Islam. Oh ya by the way, murid sekolah saya 99% murid beragama Islam... Aktiviti di sambung dengan memanggil beberapa orang murid untuk membaca surah Al-Kahfi (kalau tak salah ayat 1-10). Beliau mampu menerangkan tentang tajwid juga, perghhh... yang ini memang saya salute lah! Huhu... Ni lah yang dikatakan balance dunia & akhirat! Alhamdulillah, tahniah! Hebat! 👏 Bukan budak je belajar, saya pun tumpang belajar juga... Huhuhuu... :D

Okay, sedikit pandangan saya tentang bagaimana sekolah korang boleh cuba galakkan penglibatan PIBG dalam program HIP.

Pertama, jangan lupa kenalpasti kelebihan barisan PIBG korang dulu... Jangan sesekali pandang rendah dengan kebolehan seseorang. Mana tau, nampak macam biasa-biasa padahal dia hari-hari speaking London kat rumah! Hehehee... Tanya mereka hokay! :D Bincang betul-betul tentang keperluan dan bajet korang... Kalau takde bajet, sila bagitau dengan jelas... Mana tahu kot-kot dorang boleh bantu carikan bajet untuk laksanakan program tu ke... Kannn... Ada juga program yang tak memerlukan bajet pun... Contoh macam program-program yang dilaksanakan di atas. So, pandai-pandailah rancang aktiviti yang sesuai.

Kedua, fokuskan kepada keperluan dan kebolehan murid-murid. Cuba bincangkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang boleh mereka bantu laksanakan... Contoh aktiviti yang boleh difikirkan adalah seperti English Day, Spelling bee competition, Story telling ke... Talentime ke... Huhu... Mungkin boleh pecahkan aktiviti tahap 1 dan tahap 2.

Ketiga, kalau boleh jangan sesekali memaksa mereka menjalankan program yang korang dah tetapkan. Katakan mereka tidak mampu untuk buat satu-satu program tu, korang bagi mereka peluang untuk rancang suatu program yang mereka mampu laksanakan dengan baik... Kena faham yang mereka ni datang untuk membantu sahaja dan mereka pun ada komitmen lain. Mereka datang membantu pun dah seribu rahmat... Tak payah paksa-paksa hokay... Bila buat sesuatu dalam keadaan terpaksa, impaknya sangat berbeza berbanding dengan menjalankan program tanpa paksaan (sukarela)... Satu lagi kalau korang terlalu memaksa, berkemungkinan besar mereka pun hilang minat nak membantu... Tak koser dorang nak layan korang! 😂

Keempat, yang ini penting... Bila mereka dah sudi nak buat program kat sekolah, hargai mereka! Hargai tu bukan semestinya kita kena belikan mereka buah sebakul ke hape ke... Nooo! Cukup kalau kita turun support program tu, beri layanan yang baik (welcome mereka) dan juga jangan lupa ucapkan terima kasih. War-warkan kepada semua warga sekolah termasuk semua murid, biar semua orang hargai penglibatan mereka-mereka ni... Ajar murid-murid ucap terima kasih kat mereka. Biar beradat sket kannn... :)

Kelima, jangan kecewa jika aktiviti yang dirancang tak berjalan sepertimana yang diharapkan. Mereka bukan guru, jadi kena faham... Kalau bab pengurusan disiplin terkurang sikit ke, pejam mata je la ye... Tak pun korang tolonglah control budak-budak korang... giteww! Haha

Keenam, paparkan/war-warkan penglibatan mereka ni dalam majalah sekolah ke, dashboard sekolah ke, whatsapp group sekolah ke... mana-mana la supaya parents lain boleh tengok dan menjadi inspirasi kepada mereka untuk turut bersama-sama membantu sekolah dalam mencapai hasrat HIP ni... Role model itu penting, untuk memberi inspirasi kepada yang lain hokay!

Rasanya itu sahaja yang nak saya kongsikan... ehh.. macam terpanjang plak post kali ni... Huhuhuu... Apa pun, semoga korang dapat menarik PIBG korang untuk bersama-sama menjalankan program bukan sahaja untuk HIP malah program-program lain yang difikirkan baik untuk murid-murid ya... Good nite, gaise! Babai... 

Nota Kaki: Kadangkala bila kita jujur tulus ikhlas berbicara, orang tak suka, orang tak boleh terima... Memang betullah cakap pensyarah saya dulu... Cakap salah, tak cakap pun salah. Tak apalah, Allah tahu apa yang tersimpan dalam hati kita...

No comments:

Post a Comment